HYPERLINK :-







Arkib
TAUHID (B.I) > Feqh Mazahib

Sedutan daripada kitab
Turatsh al-Mugni Ibnu Qudamah


كتاب الطهارة

KITAB BERSUCI

أحكام المياه

Hukum-Hukum Mengenai Air
 

Hukum air
باب ما تكون به الطهارة من الماء
Bab : Bersuci Dengan Air
Abu Qasim r.a. berkata:  Sebenarnya “ Ini bab adalah bersuci dengan menggunakan air” maka tidak ditulis perkataan  ‘ini’ kerana telah tahu (secara ilmu nahu) wujud perkataan tersebut dan ungkapan ‘adalah bersuci dengan air’ membawa maksud terhasil dan berlaku bersuci itu.

قال أبو القاسم رحمه الله-‏:‏
التقدير‏:‏ هذا باب ما تكون به، الطهارة من الماء فحذف المبتدأ للعلم به وقوله ‏"‏ ما تكون الطهارة به ‏"‏ أي تحصل وتحدث وهي ها هنا تامة غير محتاجة إلى خبر ومتى كانت تامة كانت بمعنى الحدث والحصول

Thoharah, dalam bahasa bermaksud bersuci daripada kekotoran. Dalam istilah syarak, ia bermaksud menghilangkan sesuatu yang menghalang kesahihan solat yang berupa hadas atau najis dengan menggunakan air atau debu.

والطهارة في اللغة‏:‏ النزاهة عن الأقذار وفي الشرع‏:‏ رفع ما يمنع الصلاة من حدث أو نجاسة بالماء أو رفع حكمه بالتراب

Abu Qasim r.a. berkata: Bersuci itu dengan air yang bersih dan mutlak iaitu perkataan ‘air’ tidak digabungkan dengan apa-apa perkataan lain seperti air kacang, air mawar, air zakfaran dan seumpamanya.

قال أبو القاسم‏,‏ -رحمه الله-‏:‏ ‏[‏ والطهارة بالماء الطاهر المطلق الذي لا يضاف إلى اسم شيء غيره‏:‏ مثل ماء الباقلا وماء الورد وماء الحمص وماء الزعفران‏,‏ وما أشبهه ‏]‏

Mengikut pendapat Imam Malek, Imam Syafie, Muhamad bin Hasan dan Zufar, menyucikan najis tidak berhasil (tidak sah) kecuali dengan menggunakan bahan yang boleh menyucikan hadas (iaitu air mutlak). أن الطهارة من النجاسة لا تحصل إلا بما يحصل به طهارة الحدث لدخوله في عموم الطهارة وبهذا قال مالك والشافعي ومحمد بن الحسن وزفر 
 Imam Abu Hanifah pula berkata najis boleh dihilangkan dengan cecair yang bersih kerana cecair itu mampu menghilangkan ain najis dan kesan najis itu seperti cuka, air bunga mawar dan seumpamanya. Ini kerana mengikut hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad, Nabi s.a.w. telah bersabda: “Apabila anjing menjilat bekas salah seorang daripada kamu, maka basuhlah ia tujuh kali.” Di sini perkataan basuh digunakan secara umum. Maka penggunaan hanya air mutlak sebagai bahan untuk bersuci memerlukan dalil yang lain. Oleh itu, berdasarkan hadis di atas, penggunaan cecair yang suci sudah mampu menghilangkan najis (seperti air mutlak)
Terdapat bahan cecair yang tidak mampu menghilangkan najis seperti kuah dan susu dan tidak ada perselisihan ulamak mengenainya.

وقال أبو حنيفة يجوز إزالة النجاسة بكل مائع طاهر مزيل للعين والأثر كالخل‏,‏ وماء الورد ونحوهما وروي عن أحمد ما يدل على مثل ذلك لأن النبي -صلى الله عليه وسلم- قال‏:‏ ‏(‏إذا ولغ الكلب في إناء أحدكم فليغسله سبعا‏)‏ أطلق الغسل فتقييده بالماء يحتاج إلى دليل ولأنه مائع طاهر مزيل‏,‏ فجازت إزالة النجاسة به كالماء فأما ما لا يزيل كالمرق واللبن فلا خلاف في أن النجاسة لا تزال به

Mukasurat:  1 2 3 4 5 NEXT