HYPERLINK :-







Arkib
TAUHID (B.I) > Feqh Syafie

SEDUTAN DARIPADA

“KITAB RAUDHAH TOLIBIN WA UMDAH MUFTIN”

OLEH IMAM NAWAWI AS-SYAFIE


Dengan nama Allah yang pemurah lagi penyayang, Bersuci, bab air yang bersih, Allah berkata, “Dan Kami telah menurunkan dari langit air yang menyucikan.”
                                                                              

بسم الله الرحمن الرحيم
كتاب

(1) الطهارة
(2) باب الماء الطاهر
قال الله تعالى: (وأنزلنا من السماء ماء طهورا)        
                                                         

Yang boleh menyucikan bagi hadas dan kotoran ialah cecair, air mutlak khasnya iaitu air yang tidak digabungkan apa-apa perkataan dengannya, disebut juga sebagai air yang kekal sifat kejadiannya.

(3). المطهر للحدث والخبث من المائعات، الماء المطلق خاصة، وهو العاري عن الاضافة اللازمة. وقيل: الباقي على وصف خلقته.

Adapun air yang telah diguna (mustakmal) untuk tujuan menghilangkan hadas maka ia bersih tetapi tidak boleh menyucikan mengikut mazhab. Ia juga disebut suci dan boleh menyucikan, menurut pendapat awal Imam Syafie . وأما المستعمل في رفع حدث (4)، فطاهر، وليس بطهور على المذهب. وقيل: طهور في القديم.
 Air yang telah digunakan pada pembersihan seperti memperbaharui wuduk, pembasuhan yang sunat, pembasuhan kedua dan ketiga pada wuduk dan  kumur-kumur adalah menyucikan menurut pandangan yang paling benar والمستعمل في نقل الطهارة، كتجديد الوضوء، والاغسال المسنونة (5)، والغسلة الثانية، والثالثة، وماء المضمضة، طهور على الاصح.  
 Air yang diguna untuk bersuci (berwuduk) atas tujuan solat sunat menjadi air mustakmal (yang telah diguna), serupa juga air yang digunakan untuk bersuci (berwuduk) oleh kanak-kanak  menurut pandangan yang benar. Air mustakmal adalah air yang tidak boleh menghilangkan hadas dan najis menurut pandangan yang benar.

وما تطهر به لصلاة النفل، فمستعمل، وكذا ما تطهر به الصبي على الصحيح. والمستعمل الذي لا يرفع الحدث، لا يزيل النجس على الصحيح.

 Air yang telah digunakan untuk penyucian najis , jika kita katakan ia adalah bersih namun ia tidak dapat menghilangkan hadas menurut pandangan yang benar. Kalau dikumpulkan air itu menjadi dua kolah, air itu akan menjadi air suci dan boleh  menyucikan menurut pandangan yang paling benar.

والمستعمل في النجس إذا قلنا: إنه طاهر، لا يرفع الحدث على الصحيح. ولو جمع المستعمل فبلغ قلتين، عاد طهورا في الاصح،

 Kalau orang yang berhadas besar menyelam ke dalam air sebanyak dua kolah maka air itu boleh menyucikannya, tiada perselisihan pandangan. Kalau dia menyelam ke dalam air kurang dua kolah sehingga badannya tenggelam kemudian dia berniat (menghilangkan hadas besarnya), maka hilanglah hadas besarnya itu, tidak ada perselisihan pendapat dan air itu menjadi mustakmal setelah itu, menurut pendapat yang benar.

كما لو انغمس جنب في قلتين، فإنه طهور بلا خلاف (2). ولو انغمس جنب فيما دون قلتين حتى عم جميع بدنه، ثم نوى (3)، ارتفعت جنابته بلا خلاف، وصار الماء في الحال مستعملا بالنسبة إلى غيره على الصحيح.

 Kalau dua orang yang berhadas menyelam dan berniat bersama-sama (serentak) setelah sempurna selam mereka (semua anggota badan sudah tenggelam), maka hilanglah hadas besar kedua-dua orang itu. Tidak ada perselisihan pendapat tentang ini.

ولو انغمس فيه جنبان، ونويا معا بعد تمام الانغماس، ارتفعت جنابتهما بلا خلاف،

 Kalau orang yang berhadas berniat sebelum sempurna menyelam, sama ada sewaktu awal penyentuhan air atau sebahagian badannya,  hilanglah hadas besar pada anggota yang terkena air itu. Tidak ada perselisihan pendapat. Air itu belum menjadi mustakmal bahkan perlulah dia menyelam sehingga semua anggotanya tenggelam, maka hilanglah hadas besarnya, menurut pendapat yang benar.
Al-Khudri berkata air itu mustakmal dan tidak boleh menghilangkan hadas besar pada anggota lain.
 ولو نوى الجنب قبل تمام الانغماس، إما في أول الملاقاة، وإما بعد غمس بعض البدن، ارتفعت جنابة الجزء الملاقي بلا خلاف، ولا يصير الماء مستعملا، بل له أن يتم الانغماس ويرتفع عن الباقي (1) على الصحيح المنصوص. وقال الخضري (2): يصير مستعملا، (3) فلا ترتفع عن الباقي. 
 Aku berkata (Imam Nawawi): kalau dua orang berhadas itu menyelam dalam satu tempat dan salah seorang daripadanya berniat menghilangkan hadas besarnya, maka hilanglah hadas besar orang yang berniat itu sahaja dan  air itu menjadi mustakmal bagi orang yang kedua itu, menurut pendapat yang benar.
Jika kedua-duanya berniat bersama-sama (serentak) setelah menyelam sebahagian badan mereka, maka terangkatlah hadas besar pada sebahagian anggota badan mereka. Air selaman itu menjadi air mustakmal menurut pandangan yang benar. Allah lebih mengetahui.

قلت: ولو انغمس جنبان، ونوى أحدهما قبل صاحبه، ارتفعت جنابة الناوي، وصار مستعملا بالنسبة إلى الآخر على الصحيح. وإن (4) نويا معا بعد غمس جزء منهما، ارتفع عن جزءيهما، وصار مستعملا بالنسبة إلى باقيهما على الصحيح. والله أعلم.

Selagi air itu mengalir di atas satu anggota wuduk, ia tidak menjadi mustakmal, aku  (Imam Nawawi) berkata jika air mengalir dari satu anggota wuduk ke satu anggota wuduk yang lain, air itu menjadi mustakmal walaupun  jika air itu mengalir / menitis dari  satu tangan ke tangan yang lain.

وما دام الماء مترددا على العضو، لا يثبت له حكم الاستعمال. قلت: وإذا جرى الماء من عضو المتوضئ إلى عضو، صار مستعملا، حتى لو انتقل من إحدى اليدين إلى الاخرى، صار مستعملا،

Ada pun air yang digunakan untuk berwuduk oleh pengikut mazhab Hanafi dan mazhab yang lain dalam kalangan mereka yang tidak mewajibkan niat ketika berwuduk, maka pendapat yang paling benar ialah air wuduk mereka itu menjadi mustakmal. Pendapat kedua: air wuduk mereka tidak mustakmal. Pendapat ketiga: jika mereka berniat ketika berwuduk, air itu menjadi mustakmal, jika mereka tidak berniat, air itu tidak menjadi mustakmal.

وأما الماء الذي يتوضأ به الحنفي وغيره ممن لا يعتقد وجوب نية الوضوء، فالاصح أنه يصير (4). والثاني: لا يصير. والثالث: إن نوى، صار، وإلا، فلا،

Mukasurat:  1 2 3 NEXT