HYPERLINK :-







PERKAHWINAN

Terjemahan sedutan fakta-fakta penting dari Kitab Fiqh Wadih yang berteraskan Al-Quran dan sunnah menurut pandangan empat mazhab. Pengarang kitab ini ialah Dr. Abu Bakar Ismail, seorang tenaga pengajar Universiti Al-Azhar Assyarif. Buku ini pernah dijadikan sukatan pelajaran fiqh dalam Fakulti Pengajian Islam dan Bahasa Arab, Universiti al-Azhar Assyarif.

Buku ini diusahakan ke laman web kerana permintaan ramai untuk mendapat ilmu fiqh secara asas. Terjemahan ayat-ayat Al-Quran adalah berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran terbitan Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri.

Teks dalam bahasa Arab telah ditaip semula oleh beberapa orang bekas pelajar Madrasah Idrisiah, Kuala Kangsar, Perak  dan dibantu oleh rakan-rakan mereka dan dibiayai oleh Imam 1 Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur iaitu Al-Fadhil Ustaz Mogni Bin Asrori Al-Hafiz.

HUKUM-HAKAM PERKAHWINAN
Perkahwinan itu terjadi dengan akad yang menghalalkan persetubuhan antara suami dan isteri. Bermula dari saat itu, suami  wajib memikul hak-hak dan kewajipan mereka bersama.
>> Baca lagi
Hukum Perkahwinan
Perkahwinan mengikut para pengikut Imam Malik ialah perkara-perkara yang mengandungi  hukum wajib, sunat, haram dan harus
>> Baca lagi
Pemilihan Isteri Yang Baik
Isteri  adalah kerehatan suami, suri rumah dan rakan hidup suami, ibu kepada anak-anak dan penjaga harta suami. Jika dia adalah seorang yang baik, maka dia termasuk dalam kebaikan dunia dan nikmat Allah yang besar.
>> Baca lagi
PEMILIHAN SUAMI YANG BAIK
Sebagaimana suami berhak memilih isteri yang baik, begitu juga isteri ada hak memilih  untuk dirinya sesiapa yang boleh menjaga kehormatannya, baik pergaulannya, memelihara keadaannya supaya dia mendapat kasih sayang dan kerahmatan daripada suaminya.
>> Baca lagi
Peminangan
Peminangan dituntut dalam perkahwinan sama ada datang daripada lelaki sendiri kepada perempuan atau kepada walinya atau daripada perempuan kepada lelaki. Oleh itu akurlah kepada adat tempatan.
>> Baca lagi
Meminang pinangan orang
Jika seorang lelaki meminang seorang perempuan dan dia redha menjadi suaminya, itu dianggap adalah satu janji, tidak dibenarkan lelaki lain meminangnya untuk dirinya kerana akan menjadi musuh pada peminangan pertama dan menyakitinya.
>> Baca lagi