
|
| PENYUCIAN DIRI
Terdapat dua jenis penyakit di dalam diri manusia. Pertama : yang menggangu hati dan perasaan manusia seperti syirik dan riya’. Kedua : yang menggangu seseorang itu beraklak yang terpuji yang terdapat pada pengertian nama-nama Allah seperti yang maha lembut dan mengikut Rasulullah s.aw.
Oleh itu kita bincagkan di sini tentang penyakit hati dan perasaan kerana terdapat banyak perkara yang perlu dibahaskan secara terperinci. Tajuk yang kita bincangkan ialah :
Penyakit : Kufur, Nifaq, Kefasikan dan Bid’ah
1) Kufur: wajib di atas sesorang Islam berusaha dengan bersungguh-sungguh membersihkan diri daripada kufur terhadap Allah dan Rasul kerana kufur itu satu kegelapan dan semua amalan tidak diterima oleh Allah swt. Kekufuran terjadi apabila meningkari fakta-fakta agama yang suci atau melakukan sesuatu yang membatalkan syahadah secara sedar ataupun tidak sedar kerana terjadi pada masa kini seseorang itu tersasur jadi kafir akibat lidah yang terucap sesuatu yang membatalkan syahadah. Ada juga yang terjadi ketika bersenda gurau atau dalam lafaz yang serius.
Perkara yang membatalkan syahadah
1. Jika seseorang itu meyerahkan jiwa dan berpegang kepada selain daripada Allah
2. Jika seseorang itu tidak mengakui nikmat yang diperolehi zahir atau batin daripada Allah
3. Bekerja bukan tujuan kerana Allah
4. Membuat peraturan sendiri bukan mengikut kehendak Allah
5. Segala ketaatan difokus selain kepada Allah
6. Menjalankan hukuman selain daripada hukuman Allah
7. Benci kepada isi kandungan ajaran Islam
8. Terspesona dan mengutamakan dunia dan tidak akhirat
9. Mengejek Al-Quran dan sunnah
10. Menghalal apa yang diharamkan Allah
11. Tidak beriman dengan seluruhnya kepada Al-Quran dan sunnah
12. Mengangkat orang kafir yang benci akan aqidah Islam untuk menjadi menjadi pemimpin
13. Buruk tingkahlaku dengan Rasulullah saw.
14. Rasa takut dan lemah dalam hatinya untuk menegakkan tauhid tetapi bersenang hati dan terbuka menegakkan syirik
15. Jika seseorang mendakwa bahawa isi al-Quran itu bertentangan antara zahir dan batin
16. Jika seseorang itu tidak mengetahuai tentang Allah dan mengingkari sifat Allah dan nama Allah
17. Jika seseorang itu tidak mengetahui tentang Rasul dan menghina sifat-sifat Rasul itu
18. Mengkafirkan orang yang mengucapkan syahadah dan tidak mengkafirkan orang yang tidak mengucapkan syahadah
19. Mengerjakan ibadah seperti tawaf dan sujud tidak menghala pada Kaabah
20. Riya’.
2) Membersihkan diri daripada dua jenis nifaq:
1). nifaq teori iaitu kepercayan yang terdapat di dalam hatinya yang berlainan dengan maklumat yang disampaikannya kepada orang ramai hingga orang sangka dia benar-benar beriman kepada Allah
2). nifaq amali iaitu tingkahlaku seseorang itu mengikut tingkahlaku orang-orang kafir, kasih kepada mereka, menyalahi janji, berdusta, khianat dan curang
3) Membersihkan jiwa daripada kefasikan terhadap perintah Allah dan kemaksiatan. Cara menjauhi kefasikan ialah tidak mendampingkan diri pada perkara yang ditegah Allah dan tidak mengelakkan diri daripada suruhan Allah serta mengelakkan diri daripada kekejian .
4) Membersihkan jiwa daripada bi’daah pada aqidah yang bertentangan dengan ahli sunnah wal jamaah, juga membersihkan diri daripada bi’daah amalan yang merujuk kepada melakukan sesuatu amalan yang tidak dibenarkan oleh mana-mana imam mujtahid atau fatwa mereka. Sesipa yang beramal mengikut fatwa mujtahid tidak boleh dilabelkan amalan bi’daah. Jika ada seseorang beramal tidak mengikut Rasulullah, sahabat, atau mana-mana fatwa mujtahid ini dianggap amalan bi’dah dan dia wajib bertaubat.
PENYAKIT : SYIRIK DAN RIYA’
1) Syirik: penyakit amat buruk yang melanda kehidupan manusia ialah syirik kerana ia merelakan rububiyah (ketuhanan) dan kehambaan kepada yang tidak berhak (iaitu kepada hamba) sehingga berlaku ibadah kepada batu, pohon, alam, manusia, masyarakat dan berlaku penyelewengan. Orang Islam yang mempuyai kefahaman yang betul terselamat daripada perkara ini tetapi kadang-kala terjadi penyakit yang lain iaitu riya’.
2) Riya’ : iaitu sesuatu kelakuan seseorang beribadah kepada seseorang atau masyarakat yang tidak disedarinya . Ini amat berbahaya kerana dia menipu diri dan ummah akan binasa di dunia dan di akhirat.
Terdapat 3 ciri riya’ :
Ciri pertama- tujuan riya’ yang mempunyai empat tahap iaitu:
I. Tahap Pertama: Apabila seseorang itu melakukan sesuatu yang dia tidak pernah fikir mahu mendapat ganjaran daripada Allah. Sebagai contoh jika seseorang itu solat untuk tunjuk kepada orang bukan Allah, maka jika tidak berada di khalayak orang ramai, dia mengambil tindakan tidak solat, malah orang seperti ini mungkin solat tidak berwuduk, sebab yang difikirkannya ialah solat biar orang tahu.
II. Tahap Kedua: Apabila seseorang itu bertindak ada sedikit cita-cita mahu mendapat pahala daripada Allah. Jika berseorangan dia masih mengambil tindakan tidak solat juga. Tahap ini hampir sama dengan tahap pertama di atas. Kedua-dua tahap ini dimarahi Allah.
III. Tahap Ketiga: Apabila seseorang bertindak mempunyai dua cita-cita untuk mendapat ganjaran daripada Allah dan riya’. Jika salah satu cita-cita tidak tercapai maka tidak tumbuh keinginan untuk melaksanakan kerja.
IV. Tahap Keempat : Jika seseorang itu bertindak di atas permerhatian orang kepadanya. Jika tidak tercapai dia masih mengerjakan juga, dalam situasi ini dia mendapat ganjaran yang kurang atau diseksa bergantung kepada sejauh mana riya’nya terjadi.
Bersambung…
Sedutan daripada kitab Tazkiah Nufus oleh Said Hawa
Terjemahan ringkas oleh,
Asta Zawawi
|
| |
|
|