| TAUHID (B.I) Perjalanan Haji -
PANDUAN PERJALANAN IBADAH HAJI
Haji ada tiga jenis
- Haji Ifrad
- Haji Tamattu’
- Haji Qiran
Oleh:
Asta Zawawi Bin Abd Mutalib,
Penceramah Haji,
Pejabat Tabung Haji Daerah Kuala Kangsar, Perak.
Haji Ifrad - Perjalanan dari Malaysia ke Mekah al-Mukarramah
Jika anda telah mendapat surat tawaran daripada pihak Tabung Haji (TH), yang menentukan anda pergi dari Malaysia terus ke Mekah, anda boleh melakukan haji ifrad atau haji tamattu’. Jika anda ingin melakukan haji ifrad, keputusan itu hendaklah dibincangkan bersama suami-isteri atau rakan-rakan dan eloklah melihat pada tarikh mula bermusafir dengan waktu wukuf. Jika terlalu awal eloklah anda memilih haji tamattu’. Jika lebih kurang 10 hari dari waktu wukuf maka bolehlah anda mengambil keputusan melakukan haji ifrad.
Perjalanan haji ifrad itu ialah hendaklah anda bersiap sedia berpakaian ihram di kompleks TH dan melakukan perkara-perkara sunat sebelum berihram seperti mandi, potong kuku, membuang bulu-bulu di badan, memakai sedikit wangi-wangian dan bersolat sunat dua rakaat. Setelah itu, bolehlah anda menaiki bas di Kelana Jaya untuk pergi ke lapangan terbang. Anda boleh juga menunaikan solat zuhur dan asar serta maghrib dan isya’ secara jama’ dan qasar bagi mengelakkan solat di dalam kapal terbang kecuali terpaksa menunaikannya. Semasa dalam perjalanan, anda berpakaian ihram dan apabila sampai di miqat makani iaitu di Qarnul Manazil, anda akan dimaklumkan oleh juruterbang atau pramugari. Pada masa itu wajiblah anda BERNIAT HAJI (rukun) iaitu “Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram aku dengannya kerana Allah ta’ala ”. Bermula dari saat itu, wajiblah anda menjaga larangan-larangan haji sebagaimana yang anda telah pelajari.
Kapal terbang akan mendarat di Jeddah dan anda akan turun di lapangan terbang itu. Anda akan dibawa ke dalam kompleks lapangan terbang (airport) untuk berehat, mandi, buang air, solat dan sebagainya. Harus diingat bahawa urusan imigresen dan pemeriksaan beg-beg mengambil masa yang agak lama kerana terlalu ramai bakal haji dari pelbagai negara juga akan mendarat di Jeddah. Tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar bersabar kerana anda berada di dalam ihram. Setelah itu, anda akan dibawa ke Mekah dengan menaiki bas-bas yang disediakan oleh pihak TH. Sebelum menaikinya, anda perlu memastikan beg-beg yang dibawa itu dinaikkan oleh pekerja-pekerja pihak pengurusan haji Mekah (biasanya orang Afrika) di airport ke dalam bas. Jika beg tercicir, sila laporkan kepada pegawai TH yang berkhidmat di situ. Bas dari airport menuju ke Mekah mengambil masa lebih kurang tiga jam. Sebelum masuk ke Tanah Haram, ada satu lagi imigresen. Apabila masuk ke Tanah Haram dan melihat bangunan di bandar Mekah, anda disunatkan membaca ‘doa melihat bangunan-bangunan di bandar Mekah’.
Apabila sampai, anda dibawa ke tempat kediaman yang dipanggil maktab (hotel). Bawalah beg-beg anda ke dalam maktab dan bolehlah anda berehat atau terus pergi ke Ka’abah. Di pintu maktab ada tercatat nombor maktab dan gambar seperti gambar pisang, basikal, kereta dan lain-lain. Anda dikehendaki mengingati gambar yang tertampal di maktab anda itu. Tujuannya ialah jika anda tersesat, anda boleh memberitahu kepada pihak pengurusan TH ataupun mana-mana petugas TH yang ditemui di sekitar Masjidil Haram dan menyebut gambar itu supaya anda dapat dibawa balik ke maktab anda dengan mudah. Jika anda sesat jalan, anda boleh menemui polis Arab dengan menunjukkan gelang tangan pengenalan anda bahawa anda ialah orang Malaysia dan polis tersebut akan menghubungi pihak TH.
Di Ka’abah, anda boleh melakukan tawaf qudum (sunat) sebanyak tujuh kali pusingan. Selepas itu, anda boleh memilih untuk membuat SA’IE (rukun) atau menangguhkannya sehingga setelah melakukan tawaf ifadah . Ingatlah bahawa anda berada dalam ihram dan anda dilarang bergunting atau bercukur dan masih perlu menjaga larangan-larangan yang lain pada masa ini. Jika anda melakukan larangan-larangan, anda wajib membayar dam. Setelah itu, anda boleh balik ke tempat tinggal dalam keadaan berihram. Anda wajib berkeadaan seperti ini dan pada 8 Zulhijjah (hari tarwiyah) iaitu pada waktu selepas zuhur, anda akan dibawa dalam bas menuju ke Padang Arafah. Di sini anda akan melakukan WUKUF (rukun) yang bermula pada 9 Zulhijjah sebaik sahaja masuk waktu zuhur. Wukuf adalah rukun haji. Jika tidak wukuf walaupun sesaat, maka haji anda akan batal, kesalahan ini menyebabkan anda wajib membayar dam ihsar iaitu. sembelih seekor kambing dan bergunting/ bercukur.
Setelah itu, pada sebelah malamnya, anda akan dibawa dalam bas ke Mudzdalifah. Wajib berada di situ pada waktu tengah malam. Jika sampai awal, wajib menunggu sehingga tengah malam. Bermalam di Mudzdalifah adalah (wajib haji). Jika tidak melakukannya, wajib membayar dam dan hajinya masih sah. Di situ, anda disunatkan mengutip batu (sebanyak 70 biji) untuk melontar ke dalam jumrah-jumrah pada hari-hari seterusnya. Setelah bermalam di Mudzdalifah, anda akan dibawa dalam bas ke Mina.
Di Mina terdapat tiga jumrah untuk dilontar. Pada 10 Zulhijjah, anda wajib melontar Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra) sahaja dengan tujuh biji anak batu. Setelah itu, bolehlah bercukur/bergunting (rukun). Ini bermakna anda telah bertahalul awal dan bolehlah balik ke khemah untuk menukar pakaian biasa, boleh melakukan semua larangan dalam ihram kecuali akad nikah, wakil nikah, perlakuan-perlakuan permulaan bersetubuh dan bersetubuh. Pada waktu malamnya pula anda wajib berada lebih daripada separuh malam di Mina. Para jemaah dinasihatkan tinggal di dalam khemah dan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Elakkan diri daripada berjalan-jalan kerana dikhuatiri tersesat jalan dan terkeluar dari kawasan Mina. Jika ini berlaku dan menyebabkan anda tidak bermalam di Mina, anda wajib membayar dam dan begitulah seterusnya selama berada di tiga malam di Mina.
Pada hari ke-11,12,13 Zulhijjah, anda (wajib) melontar ketiga-tiga jumrah dimulai dengan Jumrah Ula (Jumrah Sughra) diikuti dengan Jumrah Wustho dan Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra). Pada hari yang ke-13 anda akan dibawa pulang ke maktab dan bolehlah pergi ke Ka’abah untuk melakukan tawaf ifadah (rukun), selepas itu melakukan sa’ie (rukun) jika belum melakukannya setelah tawaf qudum di awal cerita tadi dan terjadilah tahallul thani. Dengan ini tamatlah kewajipan haji anda. Maka, semua larangan haji boleh dilaksanakan.
Anda ada lagi satu kewajipan iaitu menunaikan umrah. Anda bolehlah melakukan perkara-perkara sunat sebelum berihram dan memakai pakaian ihram semula dan menuju ke miqat makani bagi umrah (wajib) iaitu di Tan’im atau Ja’ranah atau Hudaibiyah dengan menaiki bas. Setiba di sana anda wajib berniat umrah (rukun) iaitu “Sahaja aku melakukan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah ta’ala”. Bermula dari saat ini larangan-larangan ihram (wajib) dijaga semula. Naik semula ke dalam bas menuju ke Masjidil Haram, anda bolehlah melakukan tawaf umrah (rukun) dan sa’ie umrah (rukun) dan bercukur (rukun) dengan ini terjadilah tahalul dan sudah boleh melakukan larangan-larangan dalam ihram. Anda bolehlah balik ke hotel dan menukar kepada pakaian biasa. Jika ingin mengerjakan umrah lagi, bolehlah mengulanginya beberapa kali sama ada sekali dalam sehari atau lebih mengikut kemampuan diri.
Sebelum balik ke Malaysia, anda wajib melakukan tawaf wada’(wajib). Setelah itu, anda keluarlah dari Masjidil Haram dengan melihat dan menoleh ke Ka’abah sambil berjalan menuju keluar dari masjid. Anda dilarang kembali semula ke Ka’abah. Biasanya jemaah haji yang belum ke Madinah akan dibawa ke sana pula untuk melakukan ziarah. Apabila tiba di Madinah, anda diberi peluang tinggal di sana selama 8 hari. Di sana anda bolehlah sembahyang berjemaah 40 kali (8 hari X 5 waktu). Jika ada kelapangan, anda boleh menziarahi Masjid Nabawi iaitu ke Raudhah, makam Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. iaitu Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a. dan ke sekitar Masjid Nabawi seperti ke Perkuburan Baqi’ dan ke tempat bersejarah seperti Bukit Uhud, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat), Masjid Tujuh dan lain-lain.
Haji Tamattu’ - Perjalanan dari Malaysia ke Mekah al-Mukarrama
Jika anda telah mendapat surat tawaran daripada pihak Tabung Haji (TH) yang menentukan anda pergi dari Malaysia terus ke Mekah, anda boleh melakukan haji ifrad atau haji tamattu’. Jika anda ingin melakukan haji tamattu’, keputusan itu hendaklah dibincangkan bersama suami-isteri atau rakan-rakan dan eloklah melihat pada tarikh mula bermusafir dengan waktu wukuf. Jika terlalu awal eloklah anda memilih haji tamattu’.
Perjalanan haji tamattu’ itu ialah hendaklah anda bersiap sedia berpakaian ihram di kompleks TH dan melakukan perkara-perkara sunat sebelum berihram seperti mandi, potong kuku, membuang bulu-bulu di badan, memakai sedikit wangi-wangian dan bersolat sunat dua rakaat. Setelah itu, bolehlah anda menaiki bas di Kelana Jaya untuk pergi ke lapangan terbang. Anda boleh juga menunaikan solat zuhur dan asar serta maghrib dan isya’ secara jama’ dan qasar bagi mengelakkan solat di dalam kapal terbang kecuali terpaksa menunaikannya. Semasa dalam perjalanan anda berpakaian ihram dan apabila sampai di miqat makani iaitu di Qarnul Manazil, anda akan dimaklumkan oleh juruterbang atau pramugari. Pada masa itu wajiblah anda BERNIAT UMRAH (rukun) iaitu “Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah ta’ala ”. Bermula dari saat itu, wajiblah anda menjaga larangan-larangan haji sebagaimana yang anda telah pelajari.
Kapal terbang akan mendarat di Jeddah dan anda akan turun di lapangan terbang itu. Anda akan dibawa ke dalam kompleks lapangan terbang (airport) untuk berehat, mandi, buang air, solat dan sebagainya. Harus diingat bahawa urusan imigresen dan pemeriksaan beg-beg mengambil masa yang agak lama kerana terlalu ramai bakal haji dari pelbagai negara juga akan mendarat di Jeddah. Tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar bersabar kerana anda berada di dalam ihram. Setelah itu, anda akan dibawa ke Mekah dengan menaiki bas-bas yang disediakan oleh pihak TH. Sebelum menaikinya, anda perlu memastikan beg-beg yang dibawa itu dinaikkan oleh pekerja-pekerja pihak pengurusan haji Mekah (biasanya orang Afrika) di airport ke dalam bas. Jika beg tercicir, sila laporkan kepada pegawai TH yang berkhidmat di situ. Bas dari airport menuju ke Mekah mengambil masa lebih kurang tiga jam. Sebelum masuk ke Tanah Haram, ada satu lagi imigresen. Apabila masuk ke Tanah Haram dan melihat bangunan di bandar Mekah, anda disunatkan membaca ‘doa melihat bangunan-bangunan di bandar Mekah’.
Apabila sampai, anda dibawa ke tempat kediaman yang dipanggil maktab (hotel). Bawalah beg-beg anda ke dalam maktab dan bolehlah anda berehat atau terus pergi ke Ka’abah. Di pintu maktab ada tercatat nombor maktab dan gambar seperti gambar pisang, basikal, kereta dan lain-lain. Anda dikehendaki mengingati gambar yang tertampal di maktab anda itu. Tujuannya ialah jika anda sesat, anda boleh memberitahu kepada pihak pengurusan TH ataupun mana-mana petugas TH yang ditemui di sekitar Masjidil Haram dan menyebut gambar itu supaya anda dapat dibawa balik ke maktab anda dengan mudah. Jika anda sesat jalan, anda boleh menemui polis Arab dengan menunjukkan gelang tangan pengenalan anda bahawa anda ialah orang Malaysia dan polis tersebut akan menghubungi pihak TH.
Di Ka’abah, anda boleh melakukan tawaf umrah sebanyak tujuh kali pusingan. Selepas itu, anda hendaklah membuat SA’IE UMRAH dan bergunting atau bercukur. Dengan ini terjadilah tahalul dan dan tidak perlu menjaga larangan-larangan ihram lagi. Setelah itu, anda boleh balik ke tempat tinggal dan boleh berpakaian biasa .Anda boleh melakukan umrah berkali- kali dengan memakai pakaian ihram semula dan pergi berniat umrah di miqat makani iaitu di Tan’im atau Ja’ranah atau Hudaibiyah dengan menaiki bas. Pada 8 Zulhijjah (hari tarwiyah) iaitu pada waktu selepas zuhur, anda wajib memakai pakaian ihram semula dan berniat haji dan niat itu dilakukan di dalam hotel sama ada dalam bilik tidur atau di lobi. Niat itu ialah “Sahaja aku melakukan haji dan berihram aku dengannya kerana Allah taala”. Sebelum memakai pakaian ihram, lakukanlah perkara-perkara sunat sebelum berihram. Setelah itu anda akan dibawa dalam bas ke Padang Arafah bertujuan melakukan WUKUF (rukun) yang bermula pada 9 Zulhijjah sebaik sahaja masuk waktu zuhur. Wukuf adalah rukun haji. Jika tidak wukuf walaupun sesaat, maka haji anda akan batal, kesalahan ini menyebabkan anda wajib membayar dam ihsar iaitu sembelih seekor kambing dan bergunting/ bercukur.
Setelah itu, pada sebelah malamnya, anda akan dibawa dalam bas ke Mudzdalifah. Wajib berada di situ pada waktu tengah malam. Jika sampai awal, wajib menunggu sehingga tengah malam. Bermalam di Mudzdalifah adalah (wajib haji). Jika tidak melakukannya, wajib membayar dam dan hajinya masih sah. Di situ, anda disunatkan mengutip batu (sebanyak 70 biji) untuk melontar ke dalam jumrah-jumrah pada hari-hari seterusnya. Setelah bermalam di Mudzdalifah, anda akan dibawa dalam bas ke Mina.
Di Mina terdapat tiga jumrah untuk dilontar. Pada 10 Zulhijjah, anda wajib melontar Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra) sahaja dengan tujuh biji anak batu. Setelah itu, bolehlah bercukur/bergunting (rukun). Ini bermakna anda telah bertahalul awal dan bolehlah balik ke khemah untuk menukar pakaian biasa, boleh melakukan semua larangan dalam ihram kecuali akad nikah, wakil nikah, perlakuan-perlakuan permulaan bersetubuh dan bersetubuh. Pada waktu malamnya pula anda wajib berada lebih daripada separuh malam di Mina. Para jemaah dinasihatkan tinggal di dalam khemah dan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Elakkan diri daripada berjalan-jalan kerana dikhuatiri terrsesat jalan dan terkeluar dari kawasan Mina. Jika ini berlaku dan menyebabkan anda tidak bermalam di Mina, anda wajib membayar dam dan begitulah seterusnya selama berada di tiga malam di Mina.
Pada hari ke-11,12,13 Zulhijjah, anda (wajib) melontar ketiga-tiga jumrah dimulai dengan Jumrah Ula (Jumrah Sughra) diikuti dengan Jumrah Wustho dan Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra). Pada hari yang ke-13 anda akan dibawa pulang ke maktab dan bolehlah pergi ke Ka’abah untuk melakukan tawaf ifadah (rukun), selepas itu melakukan sa’ie (rukun). Selepas sempurnanya perkara-perkara di atas, terjadilah tahallul thani. Dengan ini tamatlah kewajipan haji anda. Maka, semua larangan haji boleh dilakukan. Bagi jemaah haji yang melakukan haji tamattu’, wajib membayar dam seekor kambing dan bayaran bolehlah dibuat di kaunter TH maktab masing-masing.
Sebelum balik ke Malaysia, anda wajib melakukan tawaf wada’(wajib). Setelah itu, anda keluarlah dari Masjidil Haram dengan melihat dan menoleh ke Ka’abah sambil berjalan menuju keluar dari masjid. Anda dilarang kembali semula ke Ka’abah. Biasanya jemaah haji yang belum ke Madinah akan dibawa ke sana pula untuk melakukan ziarah.
Apabila tiba di Madinah, anda diberi peluang tinggal di sana selama 8 hari. Di sana anda bolehlah sembahyang berjemaah 40 kali (8 hari X 5 waktu). Jika ada kelapangan, anda boleh menziarahi Masjid Nabawi iaitu ke Raudhah, makam Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. iaitu Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a. dan ke sekitar Masjid Nabawi seperti ke Perkuburan Baqi’ dan ke tempat bersejarah seperti Bukit Uhud, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat), Masjid Tujuh dan lain-lain.
Haji Ifrad - Perjalanan dari al-Madinah al-Munawwarah ke Mekah al-Mukarramah
Jika anda telah mendapat surat tawaran daripada pihak Tabung Haji (TH), yang menentukan anda pergi dari Malaysia terus ke Madinah, anda boleh berpakaian biasa dalam kapal terbang. Anda menaiki bas di Kelana Jaya untuk pergi ke lapangan terbang. Anda boleh juga menunaikan solat zuhur dan asar serta maghrib dan isya’ secara jama’ dan qasar bagi mengelakkan solat di dalam kapal terbang kecuali terpaksa menunaikannya.
Kapal terbang akan mendarat di Jeddah atau di Madinah. Anda akan dibawa ke dalam kompleks lapangan terbang (airport) untuk berehat, mandi, buang air, solat dan sebagainya. Harus diingat bahawa urusan imigresen dan pemeriksaan beg-beg mengambil masa yang agak lama kerana terlalu ramai bakal haji dari pelbagai negara juga akan mendarat di Jeddah atau di Madinah. Tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar bersabar. Setelah itu, anda akan dibawa ke bandar Madinah dengan menaiki bas-bas yang disediakan oleh pihak TH. Sebelum menaikinya, anda perlu memastikan beg-beg yang dibawa itu dinaikkan oleh pekerja-pekerja pihak pengurusan haji Madinah (biasanya orang Afrika) di airport ke dalam bas. Jika beg tercicir, sila laporkan kepada pegawai TH yang berkhidmat di situ. Bas dari airport menuju ke bandar Madinah mengambil masa lebih kurang enam jam dari Jeddah dan setengah jam dari airport Madinah. Sebelum masuk ke Tanah Haram Madinah, ada satu lagi imigresen. Apabila masuk ke Tanah Haram dan melihat bangunan di bandar Madinah, anda disunatkan membaca ‘doa melihat bangunan-bangunan di bandar Madinah’.
Apabila sampai, anda dibawa ke tempat kediaman yang dipanggil maktab (hotel). Bawalah beg-beg anda ke dalam maktab dan bolehlah anda berehat atau terus pergi ke Masjid Nabawi. Di pintu maktab ada tercatat nombor maktab dan gambar seperti gambar pisang, basikal, kereta dan lain-lain. Anda dikehendaki mengingi gambar yang tertampal di maktab anda itu. Tujuannya ialah jika anda sesat, anda boleh memberitahu kepada pihak pengurusan TH ataupun mana-mana petugas TH yang ditemui di sekitar Masjid Nabawi dan menyebut gambar itu supaya anda dapat dibawa balik ke maktab anda dengan mudah. Jika anda sesat jalan, anda boleh menemui polis Arab dengan menunjukkan gelang tangan pengenalan anda bahawa anda ialah orang Malaysia dan polis tersebut akan menghubungi pihak TH.
Di Madinah, anda diberi peluang tinggal di sana selama 8 hari. Di sana anda bolehlah sembahyang berjemaah 40 kali (8 hari X 5 waktu). Jika ada kelapangan, anda boleh menziarahi Masjid Nabawi iaitu ke Raudhah, makam Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. iaitu Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a. dan ke sekitar Masjid Nabawi seperti ke Perkuburan Baqi’ dan ke tempat bersejarah seperti Bukit Uhud, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat) , Masjid Tujuh dan lain-lain.
Apabila bertolak dari Madinah anda boleh melakukan haji ifrad atau haji tamattu’. Jika anda ingin melakukan haji ifrad, keputusan itu hendaklah dibincangkan bersama suami-isteri atau rakan-rakan. Jika lebih kurang 10 hari dari waktu wukuf maka bolehlah anda mengambil keputusan haji ifrad.
Pada hari anda akan dibawa ke Mekah, anda hendaklah melakukan perkara-perkara sunat sebelum berihram seperti mandi, potong kuku, membuang bulu-bulu di badan, memakai sedikit wangi-wangian dan bersolat sunat dua rakaat. Setelah berpakaian ihram, wajiblah anda BERNIAT HAJI (rukun) iaitu “Sahaja aku mengerjakan haji dan berihram aku dengannya kerana Allah ta’ala ” di miqat makani iaitu di Bi’rul Ali. Bermula dari saat itu, wajiblah anda menjaga larangan-larangan haji sebagaimana yang anda telah pelajari. Bas dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Sebelum masuk ke Tanah Haram Mekah, ada satu lagi imigresen. Apabila masuk ke Tanah Haram dan melihat bangunan di bandar Mekah, anda disunatkan membaca ‘doa melihat bangunan-bangunan di bandar Mekah.
Apabila sampai di Mekah anda dibawa ke tempat kediaman yang dipanggil maktab (hotel). Bawalah beg-beg anda ke dalam maktab dan bolehlah anda berehat atau terus pergi ke Ka’abah. Di pintu maktab ada tercatat nombor maktab dan gambar seperti gambar pisang, basikal, kereta dan lain-lain. Anda dikehendaki mengingati gambar yang tertampal di maktab anda itu. Tujuannya ialah jika anda sesat, anda boleh memberitahu kepada pihak pengurusan TH ataupun mana-mana petugas TH yang ditemui di sekitar Masjidil Haram dan menyebut gambar itu supaya anda dapat dibawa balik ke maktab anda dengan mudah. Jika anda sesat jalan, anda boleh menemui polis Arab dengan menunjukkan gelang tangan pengenalan anda bahawa anda ialah orang Malaysia dan polis tersebut akan menghubungi pihak TH.
Di Ka’abah, anda boleh melakukan tawaf qudum (sunat) sebanyak tujuh kali pusingan. Selepas itu, anda boleh memilih untuk membuat SA’IE (rukun) atau menangguhkannya sehingga setelah melakukan tawaf ifadah . Ingatlah bahawa anda berada dalam ihram dan anda dilarang bergunting atau bercukur dan masih perlu menjaga pantang larang yang lain pada masa ini. Jika anda melakukannya, anda wajib membayar dam. Setelah itu, anda boleh balik ke tempat tinggal dalam keadaan berihram. Anda wajib berkeadaan seperti ini dan pada 8 Zulhijjah (hari tarwiyah) iaitu pada waktu selepas zuhur, anda akan dibawa oleh bas menuju ke Padang Arafah. Di sini anda akan melakukan WUKUF (rukun) yang bermula pada 9 Zulhijjah sebaik sahaja masuk waktu zuhur. Wukuf adalah rukun haji. Jika tidak wukuf walaupun sesaat, maka haji anda akan batal, kesalahan ini menyebabkan anda wajib membayar dam ihsar iaitu sembelih seekor kambing dan bergunting/ bercukur.
Setelah itu, pada sebelah malamnya, anda akan dibawa dalam bas ke Mudzdalifah. Wajib berada di situ pada waktu tengah malam. Jika sampai awal, wajib menunggu sehingga tengah malam. Bermalam di Mudzdalifah adalah (wajib haji). Jika tidak melakukannya, wajib membayar dam dan hajinya masih sah. Di situ, anda disunatkan mengutip batu (sebanyak 70 biji) untuk melontar ke dalam jumrah-jumrah pada hari-hari seterusnya. Setelah bermalam di Mudzdalifah, anda akan dibawa oleh bas ke Mina.
Di Mina terdapat tiga jumrah untuk dilontar. Pada 10 Zulhijjah, anda wajib melontar Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra) sahaja dengan tujuh biji anak batu. Setelah itu, bolehlah bercukur/bergunting (rukun). Ini bermakna anda telah bertahalul awal dan bolehlah balik ke khemah untuk menukar pakaian biasa, boleh melakukan semua larangan dalam ihram kecuali akad nikah, wakil nikah, perlakuan-perlakuan permulaan bersetubuh dan bersetubuh. Pada waktu malamnya pula anda wajib berada lebih daripada separuh malam di Mina. Para jemaah dinasihatkan tinggal di dalam khemah dan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Elakkan diri daripada berjalan-jalan kerana dikhuatiri terrsesat jalan dan terkeluar dari kawasan Mina. Jika ini berlaku dan menyebabkan anda tidak bermalam di Mina, anda wajib membayar dam dan begitulah seterusnya selama berada di tiga malam di Mina.
Pada hari ke-11,12,13 Zulhijjah, anda (wajib) melontar ketiga-tiga jumrah dimulai dengan Jumrah Ula (Jumrah Sughra) diikuti dengan Jumrah Wustho dan Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra). Pada hari yang ke-13 anda akan dibawa pulang ke maktab dan bolehlah pergi ke Ka’abah untuk melakukan tawaf ifadah (rukun), selepas itu melakukan sa’ie (rukun) jika belum melakukannya setelah tawaf qudum di awal cerita tadi dan terjadilah tahallul thani. Dengan ini tamatlah kewajipan haji anda. Maka, semua larangan-larangan haji boleh dilaksanakan.
Anda ada lagi satu kewajipan, iaitu menunaikan umrah. Bolehlah anda memakai pakaian ihram semula dan menuju ke miqat makani bagi umrah (wajib) iaitu di Tan’im atau Ja’ranah atau Hudaibiyah dengan menaiki bas. Setiba di sana anda wajib berniat umrah (rukun) iaitu “Sahaja aku melakukan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah ta’ala”. Bermula dari saat ini larangan-larangan ihram (wajib) dijaga semula. Naik semula ke dalam bas menuju ke Masjidil Haram, anda bolehlah melakukan tawaf umrah (rukun) dan sa’ie umrah (rukun) dan bercukur (rukun) dengan ini terjadilah tahalul, anda sudah boleh melakukan larangan-larangan dalam ihram. Anda bolehlah balik ke hotel dan berpakaian biasa. Jika ingin mengerjakan umrah lagi, bolehlah mengulanginya beberapa kali sama ada sekali dalam sehari atau lebih mengikut kemampuan diri.
Sebelum balik ke Malaysia, anda wajib melakukan tawaf wada’(wajib). Setelah itu, anda keluarlah dari Masjidil Haram dengan melihat dan menoleh ke Ka’abah sambil berjalan menuju keluar dari masjid. Anda dilarang kembali semula ke Ka’abah.
Haji Tamattu’ - Perjalanan dari al-Madinah al-Munawwarah ke Mekah al-Mukarramah
Jika anda telah mendapat surat tawaran daripada pihak Tabung Haji (TH), yang menentukan anda pergi dari Malaysia terus ke Madinah, anda boleh berpakaian biasa. Anda menaiki bas di Kelana Jaya untuk pergi ke lapangan terbang. Anda boleh juga menunaikan solat zuhur dan asar serta maghrib dan isya’ secara jama’ dan qasar bagi mengelakkan solat di dalam kapal terbang kecuali terpaksa menunaikannya.
Kapal terbang akan mendarat di Jeddah atau di Madinah. Anda akan dibawa ke dalam kompleks lapangan terbang (airport) untuk berehat, mandi, buang air, solat dan sebagainya. Harus diingat bahawa urusan imigresen dan pemeriksaan beg-beg mengambil masa yang agak lama kerana terlalu ramai bakal haji dari pelbagai negara juga akan mendarat di Jeddah atau di Madinah. Tuan-tuan dan puan-puan dinasihatkan agar bersabar. Setelah itu, anda akan dibawa ke bandar Madinah dengan menaiki bas-bas yang disediakan oleh pihak TH. Sebelum menaikinya, anda perlu memastikan beg-beg yang dibawa itu dinaikkan oleh pekerja-pekerja pihak pengurusan haji Madinah (biasanya orang Afrika) di airport ke dalam bas. Jika beg tercicir, sila laporkan kepada pegawai TH yang berkhidmat di situ. Bas dari airport menuju ke bandar Madinah mengambil masa lebih kurang enam jam dari Jeddah dan setengah jam dari airport Madinah. Sebelum bas dari Jeddah masuk ke Tanah Haram Madinah, ada satu lagi imigresen. Apabila masuk ke Tanah Haram dan melihat bangunan di bandar Madinah, anda disunatkan membaca ‘doa melihat bangunan-bangunan di bandar Madinah’.
Apabila sampai, anda dibawa ke tempat kediaman yang dipanggil maktab (hotel). Bawalah beg-beg anda ke dalam maktab dan bolehlah anda berehat atau terus pergi ke Masjid Nabawi. Di pintu maktab ada tercatat nombor maktab dan gambar seperti gambar pisang, basikal, kereta dan lain-lain. Anda dikehendaki mengingat gambar yang tertampal di maktab anda itu. Tujuannya ialah jika anda hilang, anda boleh memberitahu kepada pihak pengurusan TH ataupun mana-mana petugas TH yang ditemui di sekitar Masjid Nabawi dan menyebut gambar itu supaya anda dapat dibawa balik ke maktab anda dengan mudah. Jika anda sesat jalan, anda boleh menemui polis Arab dengan menunjukkan gelang tangan pengenalan anda bahawa anda ialah orang Malaysia dan polis tersebut akan menghubungi pihak TH.
Di Madinah, anda diberi peluang tinggal di sana selama 8 hari. Di sana anda bolehlah sembahyang berjemaah 40 kali (8 hari X 5 waktu). Jika ada kelapangan, anda boleh menziarahi Masjid Nabawi iaitu ke Raudhah, makam Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat Nabi s.a.w. iaitu Saidina Abu Bakar r.a. dan Saidina Umar r.a. dan ke sekitar Masjid Nabawi seperti ke Perkuburan Baqi’ dan ke tempat bersejarah seperti Bukit Uhud, Masjid Qiblatain (Masjid Dua Kiblat), Masjid Tujuh dan lain-lain.
Apabila bertolak dari Madinah anda boleh melakukan haji ifrad atau haji tamattu’. Jika anda ingin melakukan haji tamattu’, keputusan itu hendaklah dibincangkan bersama suami-isteri atau rakan-rakan.
Pada hari anda akan dibawa ke Mekah, anda hendaklah melakukan perkara-perkara sunat sebelum berihram seperti mandi, potong kuku, membuang bulu-bulu di badan, memakai sedikit wangi-wangian dan bersolat sunat dua rakaat. Setelah berpakaian ihram, wajiblah anda BERNIAT UMRAH (rukun) iaitu “Sahaja aku mengerjakan umrah dan berihram aku dengannya kerana Allah ta’ala ” di miqat makani iaitu di Bi’rul Ali. Bermula dari saat itu, wajiblah anda menjaga larangan-larangan haji sebagaimana yang anda telah pelajari. Bas dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 6 jam. Sebelum masuk ke Tanah Haram, ada satu lagi imigresen. Apabila masuk ke Tanah Haram dan melihat bangunan di bandar Mekah, anda disunatkan membaca ‘doa melihat bangunan-bangunan di bandar Mekah'.
Apabila sampai di Mekah anda dibawa ke tempat kediaman yang dipanggil maktab (hotel). Bawalah beg-beg anda ke dalam maktab dan bolehlah anda berehat atau terus pergi ke Ka’abah.Di pintu maktab ada tercatat nombor maktab dan gambar seperti gambar pisang, basikal, kereta dan lain-lain. Anda dikehendaki mengingati gambar yang tertampal di maktab anda itu. Tujuannya ialah jika anda sesat, anda boleh memberitahu kepada pihak pengurusan TH ataupun mana-mana petugas TH yang ditemui di sekitar Masjidil Haram dan menyebut gambar itu supaya anda dapat dibawa balik ke maktab anda dengan mudah. Jika anda sesat jalan, anda boleh menemui polis Arab dengan menunjukkan gelang tangan pengenalan anda bahawa anda ialah orang Malaysia dan polis tersebut akan menghubungi pihak TH.
Di Ka’abah, anda boleh melakukan tawaf umrah sebanyak tujuh kali pusingan. Selepas itu, anda hendaklah membuat SA’IE UMRAH dan bergunting atau bercukur. Dengan ini, berlakulah tahalul dan anda boleh melakukan larangan-larangan dalam ihram. Setelah itu, anda boleh balik ke tempat tinggal dan boleh berpakaian biasa. Anda boleh melakukan umrah berkali- kali dengan memakai pakaian ihram semula dan pergi berniat umrah di miqat makani iaitu di Tan’im atau Ja’ranah atau Hudaibiyah dengan menaiki bas. Pada 8 Zulhijjah (hari tarwiyah) iaitu pada waktu selepas zuhur, anda wajib memakai pakaian ihram semula dan berniat haji dan niat itu dilakukan di dalam hotel sama ada dalam bilik tidur atau di lobi. Niat itu ialah “Sahaja aku melakukan haji dan berihram aku dengannya kerana Allah taala”. Sebelum memakai pakaian ihram, lakukanlah perkara-perkara sunat seperti di atas. Setelah itu anda akan di bawa dalam bas ke Padang Arafah bertujuan melakukan WUKUF (rukun) yang bermula pada 9 Zulhijjah sebaik sahaja masuk waktu zuhur. Wukuf adalah rukun haji. Jika tidak wukuf walaupun sesaat, maka haji anda akan batal, kesalahan ini menyebabkan anda wajib membayar dam ihsar iaitu sembelih seekor kambing dan bergunting/ bercukur.
Setelah itu, pada sebelah malamnya, anda akan dibawa dalam bas ke Mudzdalifah. Wajib berada di situ pada waktu tengah malam. Jika sampai awal, wajib menunggu sehingga tengah malam. Bermalam di Mudzdalifah adalah (wajib haji). Jika tidak melakukannya, wajib membayar dam dan hajinya masih sah. Di situ, anda disunatkan mengutip batu (sebanyak 70 biji) untuk melontar ke dalam jumrah-jumrah pada hari-hari seterusnya. Setelah bermalam di Mudzdalifah, anda akan dibawa dalam bas ke Mina.
Di Mina terdapat tiga jumrah untuk dilontar. Pada10 Zulhijjah, anda wajib melontar Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra) sahaja dengan 7 biji anak batu. Setelah itu, bolehlah bercukur/bergunting (rukun). Ini bermakna anda telah bertahalul awal dan bolehlah balik ke khemah untuk menukar pakaian biasa, boleh melakukan semua larangan dalam ihram kecuali akad nikah, wakil nikah, perlakuan-perlakuan permulaan bersetubuh dan bersetubuh. Pada waktu malamnya pula anda wajib berada lebih daripada separuh malam di Mina. Para jemaah dinasihatkan tinggal di dalam khemah dan melakukan ibadah-ibadah sunat seperti berzikir, membaca Al-Quran dan sebagainya. Elakkan diri daripada berjalan-jalan kerana dikhuatiri terrsesat jalan dan terkeluar dari kawasan Mina. Jika ini berlaku dan menyebabkan anda tidak bermalam di Mina, anda wajib membayar dam dan begitulah seterusnya selama berada di tiga malam di Mina.
Pada hari ke-11,12,13 Zulhijjah, anda (wajib) melontar ketiga-tiga jumrah dimulai dengan Jumrah Ula (Jumrah Sughra) diikuti dengan Jumrah Wustho dan Jumrah Aqabah (Jumrah Kubra). Pada hari yang ke-13 anda akan dibawa pulang ke maktab dan bolehlah pergi ke Ka’abah untuk melakukan tawaf ifadah (rukun), selepas itu melakukan sa’ie (rukun) sempurnanya perkara-perkara diatas, terjadilah tahallul thani. Dengan ini tamatlah kewajipan haji anda. Maka, semua larangan-larangan haji boleh dilaksanakan. Bagi jemaah haji yang melakukan haji tamattu’, wajib membayar dam seekor kambing dan bayaran bolehlah dibuat di kaunter TH maktab masing-masing.
Sebelum balik ke Malaysia, anda wajib melakukan tawaf wada’(wajib). Setelah itu, anda keluarlah dari Masjidil Haram dengan melihat dan menoleh ke Ka’abah sambil berjalan menuju keluar dari masjid. Anda dilarang kembali semula ke Ka’abah.
Peringatan tambahan:
Bagi wanita yang melakukan haji tamattu’,
setelah berihram umrah dan kemudian didatangi haid di Mekah, dia hendaklah menunggu sehingga haidnya kering sebelum boleh melakukan tawaf umrah. Jika haid masih tidak kering sehingga pada 8 Zulhijjah (hari tarwiyah) dan dia masih belum tawaf umrah sedangkan jemaah haji sudah bergerak ke Padang Arafah, maka wajiblah dia berniat haji di hotel. Oleh itu, bertukarlah haji tamattu’nya kepada haji qiran iaitu melakukan umrah dan haji serentak.
Bagi wanita yang mengerjakan haji ifrad, jika didatangi haid sebelum tiba ke Mekah, dia wajib menunggu sehingga haidnya kering sebelum melakukan tawaf qudum. Jika haid tidak kering juga sehingga 8 Zulhijjah dan masih belum tawaf qudum, dia boleh terus bergerak bersama jemaah lain ke Padang Arafah kerana dia memang berada dalam keadaan ihram dan tawaf qudum adalah sunat. Ibadah haji yang lain seperti berwukuf, bermalam di Mudzalifah, melontar dan bermalam di Mina boleh dilakukan kerana ibadah-ibadah ini tidak memerlukan wanita berada dalam keadaan suci daripda haid. Jika haid masih ada lagi sehingga waktu melakukan tawaf ifadah, wajib menunggu lagi sehingga kering. Jika kesuntukan masa, sila berjumpa dengan pihak pengurusan TH untuk menangguhkan penerbangan pulang ke Malaysia. Jika pulang juga ke Malaysia tanpa melakukan tawaf ifadah dan sai’e haji, dia masih berada dalam keadaan berihram, maka wajiblah dia membayar dam ihsar dengan menyembelih seekor kambing dan selepas itu dia bolehlah bergunting (bertahalul) tetapi kewajipan hajinya masih belum tertunai. Dia wajib melakukan haji pada masa akan datang.
|
| |
|